Institut Integriti Malaysia (IIM) telah melaksanakan Bengkel Enterprise Risk Management (ERM) pada 2 -3 Februari 2023. Bengkel ini telah dihadiri oleh 31 orang warga kerja IIM dan telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Mohd Hafizuddin Syah Bangaan Abdullah, Pensyarah Kanan, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Bengkel ini bertujuan memberi latihan terperinci kepada warga IIM untuk mengenalpasti, menganalisis, menilai dan menguruskan risiko serta ancaman secara menyeluruh bagi mengekal dan menambah baik prestasi tadbir urus dan operasi IIM.
Bengkel ini turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Wan Suraya selaku Ketua Pegawai Eksekutif IIM sebagai sokongan kepada pelaksanaan Enterprise Risk Management (ERM) di IIM.


