Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan Bengkel Data Analisa dan Bengkel Penilaian Risiko Rasuah (CRA) kepada kakitangan Yayasan Melaka pada 8 – 10 Ogos 2022.
Seramai 30 orang wakil dari 11 unit Yayasan Melaka telah hadir dalam sesi yang dijalankan secara fizikal di Pejabat Yayasan Melaka.
Bengkel telah dikendalikan oleh konsultan IIM, En. Muhamad Khairul Azmir Mohd Paiz dan Pn. Wan Nooraine Husin.


