Institut Integriti Malaysia (IIM) telah melaksanakan Bengkel CRA & Analisa Data kepada wakil pengurusan Yayasan Perak pada 14-16 November 2022 bertempat di Putrajaya.
Bengkel ini dihadiri seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada ketua-ketua dan wakil bahagian termasuk Pengurus Besar Yayasan Perak, Tuan Azrul Sani Ibrahim.
Sepanjang bengkel berlangsung para peserta berjaya membangunkan 200 risiko berdasarkan aspek rasuah, governans dan integriti bagi Yayasan Perak. Risiko-risiko ini akan dibincangkan dan disemak oleh Pengurus Besar Yayasan Perak sebelum dibawa ke bengkel seterusnya bagi memastikan risiko yang didaftarkan ini adalah holistik.
Bengkel ini telah dikendalikan oleh konsultan IIM, Puan Wan Nabilah Meor Mohd Jamil dan Cik Wan Nooraine Husin.

