Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan Bengkel Asas Tatacara Mencukupi dan Prinsip T.R.U.S.T Bagi Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) pada 25 Ogos 2022 bertempat di Bilik Etika IIM.

Antara pengisian sepanjang satu hari bengkel berlangsung termasuklah pengenalan kepada Seksyen 17A Akta SPRM 2009; pengenalan kepada Garis Panduan Tatacara Mencukupi dan Prinsip T.R.U.S.T bagi PMKS; dan sesi amali berkenaan Pembangunan Polisi Antirasuah bagi PMKS.

Bengkel ini telah dihadiri oleh PMKS mewakili Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN).

Bengkel ini merupakan inisiatif baharu IIM untuk membudayakan integriti, tadbir urus terbaik dan antirasuah terutamanya dalam kalangan PMKS.