Institut Integriti Malaysia (IIM) telah membantu Boustead Holdings Berhad membangunkan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) dengan pelaksanaan Bengkel Analisis Data OACP yang telah diadakan pada 9 Jun 2022 di Menara Boustead, Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur.
Bengkel ini telah diketuai oleh En.Izal Zahrudin, Konsultan Kanan IIM dibantu oleh Cik Nur Faranajwa Yahaya, Konsultan IIM. Seramai 18 orang peserta yang terdiri daripada pegawai kanan Boustead Holdings Berhad dari pelbagai bahagian telah menghadiri bengkel ini.
Tahniah dan syabas kepada para peserta yang telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang bengkel berlangsung.


