Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menganjurkan Bengkel Analisis Data OACP bagi Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah secara maya pada 3 Januari 2023.
Bengkel tersebut dimulakan dengan sesi taklimat berkaitan Daftar Analisis Data oleh para peserta. Sebanyak 15 unit dalam Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah telah menyertai bengkel tersebut.
Sesi tersebut telah dikendalikan oleh Konsultan IIM iaitu En. Mazwane bin Musa dan En. Abdul Rahman Abdullah.
