Alhamdulillah, telah selesai Bengkel Analisis Data dan Penilaian Risiko Malaysian Timber Council (MTC) yang telah berlangsung pada 20-22 April 2022. Semua wakil bahagian/ unit yang ada didalam MTC telah terlibat secara aktif dalam sesi ini.

Sesi bengkel ini telah dikendalikan oleh Konsultan Kanan IIM, Umar Chong Shafie Abdullah dengan dibantu oleh Konsultan kedua, Wan Nabilah Meor Mohd Jamil. Kesemua peserta telah berjaya menganalisis data, mendaftar dan menilai risiko yang telah dikenal pasti wujud dalam proses operasi masing-masing.

Konsultan IIM telah membimbing serta memberikan teguran dan komen kepada semua peserta bagi tujuan pembetulan dan penambahbaikan.