Institut Integriti Malaysia (IIM) telah melaksanakan Bengkel Analisa Data dan Penilaian Risiko Rasuah bagi pembangunan OACP Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor (JKSNJ) pada 5-6 September 2022.

Para peserta yang menghadiri bengkel ini terdiri daripada wakil setiap bahagian JKSNJ dan wakil dari Mahkamah Tinggi dan Rendah Syariah Daerah Johor.

Bengkel tersebut telah dikendalikan oleh dua orang Konsultan IIM iaitu Encik Muhamad Khairul Azmir Mohd Paiz dan Cik Nur Faranajwa Yahaya.