Institut Integriti Malaysia (IIM) bersama Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) telah berjaya mengadakan Bengkel ABMS Penilaian Risiko Rasuah MARDI pada 26-28 Julai 2022.

Bengkel ini bertujuan membantu para peserta yang terdiri daripada wakil-wakil dari 21 Pusat Tanggungjawab (PTJ) MARDI untuk mengenalpasti dan mendaftar sebanyak 130 risiko rasuah, integriti dan tadbir urus.

Turut hadir dua orang Konsultan IIM iaitu Pn. Wan Nabilah Meor Mohd Jamil dan En Mazwane Musa.