Institut Integriti Malaysia (IIM) telah dijemput oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) untuk menyampaikan ceramah mengenai “Awareness on Corporate Liability Provision Section 17A of MACC Act 2009 and Ministerial Guidelines on Adequate Procedures” pada 18 Julai 2022.
Seramai 35 orang kakitangan telah hadir dalam sesi yang dijalankan secara dalam talian ini yang terdiri daripada Pengurus Kanan dan Pengurus MDEC. Ceramah telah disampaikan oleh konsultan IIM, Encik Abdul Rahman bin Abdullah.

