SIRIM QAS telah melaksanakan sesi Audit Pemantauan 2 (Surveillance Audit 2) ke atas Institut Integriti Malaysia (IIM) pada 22 hingga 24 Februari 2023.

Tujuan Audit Pemantauan 2 ini ialah untuk menilai komitmen dan pematuhan berterusan IIM terhadap keperluan-keperluan piawaian MS ISO 9001:2015 (Sistem Pengurusan Kualiti) dan MS ISO 37001:2016 (Sistem Pengurusan Antirasuah).

Audit Pemantauan 2 ini telah dilaksanakan oleh tiga Juruaudit dari SIRIM QAS International Sdn Bhd yang iaitu Puan Asiyah binti Haron (Ketua Audit ABMS), Encik Khalid bin Saleman (Ketua Audit QMS) dan Encik Sethuraman Ramasamy. Tiada penemuan ketakakuran yang ditemui, walau bagaimana pun terdapat beberapa cadangan peluang penambahbaikan dari Juruaudit bagi memastikan Sistem Pengurusan IIM lebih efisien dan berkesan.

Ketua Pegawai Eksekutif IIM telah mempengerusikan mesyuarat penutup sesi audit tersebut dan menyambut baik hasil penemuan audit serta cadangan penambahbaikan dari juruaudit.