Perpustakaan Integriti, Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan aktiviti mini “Outreach Caknakan Mindamu” pada 14 Julai 2022.

Aktiviti ini bertujuan mempromosi koleksi buku-buku dan perkhidmatan di Perpustakaan Integriti. Selain itu, ianya menjadi inisiatif untuk menggalakkan warga IIM datang ke perpustakaan mendapatkan bahan dan maklumat yang tersedia untuk dimanfaatkan.

Antara aktiviti yang diadakan termasuklah permainan teka silang kata dengan mendapatkan klu atau informasi lanjut melalui koleksi buku-buku terpilih di perpustakaan dalam tempoh yang ditetapkan.

Orang awam juga dijemput untuk melawat dan menggunakan fasiliti yang ditawarkan di Perpustakaan Integriti yang terdiri daripada buku-buku koleksi terbuka, koleksi khas, koleksi majalah, koleksi laporan-laporan kerajaan dan perkhidmatan secara atas talian melalui laman web pusatilmu.www.iim.gov.my