Anti-Bribery Management Systems (ABMS)


PERANGI RASUAH MELALUI SISTEM PENGURUSAN ANTIRASUAH ISO 37001:2016 (ABMS)
- ABMS adalah satu standard yang diterbitkan oleh The International Organization for Standardization (ISO) pada tahun 2016 bagi mencegah, mengesan dan menangani kes rasuah di dalam sesebuah organisasi.
- ABMS menggunakan pendekatan pencegahan awal (preventive measures) dengan mengenal pasti risiko-risiko rasuah di sesebuah organisasi berdasarkan fungsi-fungsi sesebuah jabatan, unit mahupun bahagian bagi menutup ruang dan peluang rasuah.

MANFAAT
- Risiko amalan rasuah dapat dikurangkan di peringkat dalaman dan luaran.
- Memberikan impak positif terhadap prestasi organisasi termasuk penjimatan kos operasi, pengurusan aduan, perolehan dan tadbir urus
- Meningkatkan keyakinan pelanggan, pelabur dan pihak berkepentingan

INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA (IIM) SEDIA MEMBANTU!
IIM menyediakan khidmat konsultasi secara fizikal atau dalam talian merangkumi lima fasa utama bagi membantu organisasi anda membangunkan ABMS.
- Analisa Keperluan
- Interpretasi
- Reka Bentuk Sistem
- Pelaksanaan Sistem
- Verifikasi Sistem
Organisasi akan dipersiapkan sehingga ke peringkat audit bagi mendapatkan pensijilan ABMS.