Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menyampaikan ucaptama sempena 3rd International Conference on Build Environment And Engineering 2022 (IConBEE) bertajuk Integrity and Governance: Ensuring Transparency In The Construction Industry pada 19 Oktober 2022.

Seramai 50 peserta terdiri daripada rakan strategik IConBEE telah menghadiri persidangan ini secara bersemuka manakala seramai 95 peserta turut mengikuti secara maya. Persidangan ini juga antara lain menjadi platform kepada ahli akademik, penyelidik, pembuat dasar dan profesional industri meneroka teknologi baru dan terkini dalam bidang persekitaran binaan dan kejuruteraan.

IConBEE merupakan persidangan anjuran pihak Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) Shah Alam, dengan kerjasama daripada pihak Chartered Institute of Building (CIOB) Malaysia dan Massey University.

Hadir sama pada persidangan ini ialah YBrs PM Ts. Dr Emma Marinie Ahmad Zawawi, Dean College of Built Environment (CBE), UiTM; YBrs. Mr Ho Chee Leong, President Chartered Institute of Building (CIOB) Malaysia; Ts. Dr Julota Yunus, Head of Centre of for Construction, College of Built Environment (CBE) UiTM; Professor Regan Potangaroa, representative of Massey Universtiy; dan Ir.Ts.Dr. Rumaizah Mohd Nordin, Conference Chair ICONBEE2022.