3rd Business, Management and Governances International Conference 2023 (BMAGIC 2023) telah diadakan di Kuantan, Pahang. Persidangan yang berlangsung selama dua hari bermula 9 November 2023 ini telah dilancarkan oleh YH. Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin, Pengerusi Lembaga Pengarah, University College of Yayasan Pahang.

Dalam persidangan tersebut, YBhg. Datuk Nor Yahati Awang, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia (IIM) telah memberi ucaptama bertajuk From Policy to Practice Aligning Integrity and Governance for Sustainable Outcomes. Antara intipati ucaptama tersebut adalah berkisar tentang isu integriti dan governans serta perkongsian beberapa skor yang telah dicapai Malaysia dalam Laporan Kebahagiaan Dunia dan Indeks Persepsi Rasuah. Datuk KPE juga menekankan bahawa pentingnya pembudayaan integriti kepada semua lapisan masyarakat.

Selain Datuk KPE, Ahli Lembaga Pengarah IIM, YBhg. Dato’ Yeow Wah Chin turut membuat pembentangan berkaitan betapa pentingnya integriti dalam kepimpinan sesebuah organisasi termasuklah peranan integriti dalam kepimpinan yang berkesan.

Dengan bertemakan Integrity, Governance and Sustainability: Building a Resilient Future, persidangan ini membincangkan pelbagai isu berkaitan integriti, tata kelola dalam pengurusan perniagaan, kewangan dan pentadbiran. Persidangan peringkat antarabangsa ini turut mengetengahkan speaker-speaker hebat dari Indonesia, Oman, Brunei dan Malaysia sendiri.

Hadir sama pada program ini termasuklah YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Professor Dr. Noorul Ainur Mohd Nur, Pengerusi Lembaga Pengelola UCYP; YH. Professor Dato’ Dr. Muhammad Fauzi Mohd Zain, Naib Canselor UCYP dan Pengurusan Tertinggi IIM.