YBhg. Datuk KPE telah membentangkan kertas bertajuk “Integrity and Governance: Drive Towards a Sustainable Nation” pada Persidangan dan Pameran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Borneo 2022 (Borneo Occupational Safety and Health Conference and Exhibition 2022 – BOSH 2022) di Kuching, Sarawak pada 2 November 2022.
BOSH 2022 telah dihadiri seramai 300 peserta yang terdiri daripada pihak pengurusan, majikan, pengamal kesihatan pekerjaan, penyelidik, ahli akademik serta penjawat awam negeri dan Persekutuan.
Beliau telah mengulas secara terperinci berkaitan kepentingan integriti dan governans dalam konteks keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSH). Turut ditekankan adalah kepentingan kemampanan integriti dan governans di kalangan pengamal kesihatan pekerjaan.
Seterusnya, Datuk KPE telah mengadakan perbincangan bersama YBrs. Tuan Hj. Ayob bin Salleh, Pengarah Eksekutif NIOSH. Turut hadir Mejar Hj. Hanif Maidin, Setiausaha Eksekutif NIOSH dan En. Syamsul Zahrin Zainudin, Ketua Pegawai Eksekutif NIOSH Certification Sdn. Bhd. Antara yang dibincangkan termasuklah cadangan pemurnian kerjasama strategik di antara IIM dan NIOSH khususnya dalam penerapan nilai integriti dan governans dalam modul latihan dan pensijilan OSH.
Turut sama menghadiri persidangan ini ialah Puan Maisyarah Mansoruddin, dan Puan Nurdiana Shaharudin dari Seksyen Sistem Pembangunan Standard, IIM.




